PERTANYAAN : JAWAB LISAN
DARIPADA : IR. DR. WEE KA SIONG
TARIKH : 20 NOVEMBER 2007
SOALAN :
YB. Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam] minta PERDANA MENTERI menyatakan jenis-jenis galakan/ intensif yang akan ditawarkan kepada pelabur asing yang ingin melabur di Wilayah Pembangunan Iskandar dan Koridor Utara. Setakat ini, berapakah misi pelaburan telah dibuat dan bagaimana dengan sambutan para pelabur. Perihalkan syarikat asing yang ingin melabur di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) dan Koridor Utara dan apakah bidang yang diceburi.
Jawapan:
Tuan Yang Dipertua,
Bagi mencapai matlamat memajukan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) supaya menjadi sebuah metropolis utama dan dapat menbantu memacu pertumbuhan ekonomi negara, Kerajaan akan terus berusaha menggalakkan pelaburan di WPI, sama ada pelaburan tempatan mahupun asing. Kerajaan melihat bahawa pelaburan asing ini amat penting dalam pembangunan ekonomi negara. Di dalam usaha menggalakkan penyertaan pelaburan asing, beberapa insentif khusus seperti pengecualian syarat-syarat pelaburan FIC ke atas industri terpilih industri kreatif, juga telah dibuat bagi menjadikan WPI lebih mesra pelabur.
Secara umumnya, jenis-jenis galakan atau intensif yang ditawarkan kepada pelabur asing yang ingin melabur di WPI dan Koridor Utara ialah seperti berikut:
i. bagi WPI, untuk menjadikan WPI lebih menarik kepada para pelabur khususnya pelabur
asing untuk melakukan pelaburan di dalam WPI, Kerajaan telah membuat beberapa perubahan terhadap dasar sedia ada. Secara ringkasnya, insentif Kerajaan untuk menarik FDI ke dalam WPI adalah seperti berikut:

a. Pengecualian daripada cukai pendapatan korporat selama 10 tahun;
b. Pengeculian daripada cukai pegangan (withholding tax) atas royalti dan bayaran yuran
teknikal kepada penduduk bukan warganegara selama 10 tahun;
c. Pengeculian daripada peraturan-peraturan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC)
d. Gunatenaga tidak terhad ke atas pekerja asing; dan
e. Kebebasan untuk mendapatkan modal dari serata dunia.
ii. Bagi Koridor Utara pula, pembangunan yang mapan di NCER perlu melibatkan penjanaan aktivti ekonomi serta pelaburan yang besar. Oleh yang demikian, pakej insentif khas yang merangkumi insentif kewangan dan bukan kewangan mengikut sektor iaitu sektor pertanian, pembuatan dan pelancongan, telah disyorkan untuk NCER bagi menarik pelaburan dan membolehkan pembangunan NCER disegerakan dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Secara umumnya, insentif telah disyorkan di NCER adalah seperti berikut:
Insentif Kewangan :
a. Geran memulakan perniagaan untuk syarikat-syarikat peringkat awal yang layak (early stage companies);
b. Geran untuk menggalakkan aktiviti pengurusan amalgamasi tanah pertanian;
c. Geran untuk pembangunan modal insan seperti kelonggaran untuk membawa masuk pekerja asing dalam bidang tertentu; dan
d. Dana modal teroka (venture capital funding) untuk menyokong keperluan kewangan syarikat-syarikat yang layak
Insentif bukan kewangan:
a. Kelonggaran syarikat FIC untuk projek-projek pelancongan yang layak di LAngkawi dan Pulau Pinang sahaja;
b. Kelonggaran untuk membawa masuk pekerja asing dalam bidang tertentu;
c. Kelonggaran syarat untuk doktor pakar warganegara Malaysia yang berkhidmat di luar negara yang ingin kembali berkhidmat di Malaysia ( bagi menggalakkan sektor pelancongan perubatan) di NCER; dan
d. Sokongan Kerajaan untuk hospital-hospital di kawasan NCER untuk mendapat akreditasi Joint Commission International (JCI), yang melambangkan kualiti dan tahap perkhidmatan yang tinggi.
Tuan Yang Di-Pertua,
Setakat ini, antara pelabur asing yang telah menunjukkan minat untuk melabur di WPI adalah dari India, China, Singapura, Jepun serta dari negara-negara Timur Tengah. Antara pelabur dari Negara Arab yang telahpun membuat perjanjian untuk melaburdi WPI ini ialah sekumpulan pelabur dari Abu Dhabi, Kuwait, Saudi Arabia dan Lebanon dengan jumlah pelaburan melebihi RM 4.1 billion. Mereka akan membangunkan kawasan seluas antara 2,000 hingga 2,500 ekar bersama-sama denganSouth Johor Investment Corporation (SJIC) iaitu anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor, bagi melaksanakan beberapa projek dalam tiga bidang iaitu hartanah, pelancongan dan rekreasi. Manakala minat dan sambutan yang ditunjukkan oleh pelabur-pelabur ini juga amatlah menggalakkan dan adalah dijangkakan bahawa lebih banyak modal akan disuntik oleh pelabur terutamanya pelabur asing di WPI ini.
Tuan Yang Dipertua,
Bagi Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) pula, seperti mana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, ianya telahpun dilancarkan pada 30 dan 31 Julai 2007 dan dalam hal ini, satu pelan induk pembangunan bagi NCER juga telah disediakan sebagai panduan utnuk memacu pemabangunan di kawasan berkenaan. Memandngkan NCER ini baharu sahaja dilancarkan maka kita masih belum mengetahui syarikat asing atau misi pelaburan terhadap NCER ini. Walau bagaimanapun, seperti mana di WPI, Kerajaan percaya bahawa para pelabur asing dan juga tempatan akan menunjukkan respon yang sama seperti di WPI kerana Kerajaan juga telah menyediakan insentif tertentu bagi menarik pelabur datang melabur di NCER.

No comments:
Post a Comment