Wednesday, December 12, 2007

PERTANYAAN : BERTULIS

DARIPADA : YB IR DR WEE KA SIONG

SOALAN :

minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan jumlah peruntukan yang disalurkan kepada Parlimen Ayer Hitam dari tempoh 2004-2007. Perihalkan bentuk projek yang telah dilaksanakan.

Jawapan:

Tuan Yang Dipertua,

Dalam tempoh 2004-2007, sejumlah RM 5,135,407 telah diperuntukkan bagi kawasan Parlimen Ayer Hitam. Secara umumnya peruntukan berkenaan adalah bagi membiayai projek-projek berkaitan:

i. pembangunan prasarana,itiliti dan ameniti sosial seperti projek jalan kampung, bekalan air, bekalan elektrik, lampu jalan kampung. dewan/balai raya dan kemudahan-kemudahan ameniti sosial;

ii. pembangunan modal insan

iii. pembangunan tanah pertanian seperti projek tanam semula getah;

iv. pembasmian kemiskinan; dan

v. pembangunan ICT luar bandar.

Butiran lanjut agihan peruntukan berkenaan mengikut kategori projek yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:

kategori projek
Pembangunan prasarana, utiliti dan ameniti sosial RM 2,051,808
Pembangunan modal insan RM 617,450
pembangunan tanah pertanian RM 1,988,149
pembasmian kemiskinan RM 276, 500
pembangunan ICT RM 201,500
jumlah RM 5,135,407

No comments: